Latar belakang Richard Ng (uskup)

Ng dibesarkan di Kuching dalam keluarga Katolik yang sederhana. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Katolik dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph, Kuching. Setelah menamatkan pendidikannya di Tingkatan 6, Ng bekerja sebagai penyelia selama setahun, dan enam bulan di makmal sekolah tersebut[1]. Pada tahun 1987, beliau memasuki Kolej St. Peter di Kuching untuk belajar menjadi seorang paderi. Pada tahun 1995, Ng ditahbiskan menjadi seorang paderi. Sepanjang tahun pertamanya sebagai paderi, beliau pergi ke Rom, Itali untuk mempelajari Sacred Scriptures di Pontifical Bibilical Institute pada September 1999. Pada 2003, beliau mendapat Licentiate of Sacred Scriptures.

Apabila Ng kembali ke Kuching, beliau ditugaskan untuk mengajar Sacred Scriptures di Kolej St. Peter. Beliau juga bertugas sebagai formator sepenuh masa untuk para seminarian. Beliau dilantik sebagai rektor kolej berkenaan pada tahun 2008.

Pada tahun 2013, Paus Fransiskus menerima pengunduran uskup pertama Miri, Uskup Anthony Lee Kok Hin kerana telah mencapai usia persaraan. Dengan itu, Ng diumumkan sebagai penggantinya.[2][3] Beliau menerima pentahbisan episkopal pada 25 Januari 2014 daripada Uskup Lee. Bersama beliau ialah Uskup Agung (sekarang Uskup Agung Emeritus) John Ha Tiong Hock (Kuching) dan Uskup Joseph Hii Teck Kwong (Sibu). Pada masa yang sama, Ng membuat pemilikan kanonikal di dalam Keuskupan Miri[4] .